Wednesday, September 23, 2009

meaningless eid mubarak.

raya tahun nie, macam tak ade apeape. macam harihari biase. tak ade yang special. tak ade yang boleh buat aku senyum macam aku senyum dulu. ohh, raye sudah tak seceria dulu. aku masih bergelak ketawa. tapi, dah tak segalak ketawa yang dulu. ntah laa. aku macam nak pusing balik mase dulu. mase ade auntie, mase ade arwah mak, mase ade arwah nenek, mase semuanya aku rase macam raya tu indah sangat. macam excited sangat nak raye. tapi tahun nie, raye aku kosong.

1st day of raya,

aku bangun pagi. ayah kejot. suruh mandi. lepas dah bersiap, ingat nak pergi beraya. ruparupanya, ayah hulur tangan. aku salam ayah. mintak maaf zahir dan batin sambil berdiri. ayah macam kelam kabut. ruparupanya, ayah nak pergi rumah stepmom. emm. bialah. dapat jumpa ayah kejap je pagi raya tu. nak nangis, tapi tahan je lah. takpe. ayah ade tanggungjawab lain. emm. lepastu, dengar akak n abgabg angkat aku dekat luar rumah. dah bersiap nak pergi kubur arwah mak. aku ikot lahh. rindu dekat mak. lagilagi time raye nie. selalunye, mak yang bz timetime raye macam nie. macam tahuntahunyang lepas, time pagi raye, lepas dah sarung baju kurung, aku pergi tengok mak. ohh ye, aku ade family angkat. diorang duduk tak jauh dari rumah aku. mak suke tengok anakanak die ketawa, bergurau senda time pagi raye tu. nanti die ketawa sekali. tapi tahun nie, kitorang juz pergi kubur, melawat arwah mak. lepas balik dari kubur, aku pergi rumah arwah mak angkat aku. lepas dah mintak maaf dekat 'ayah', 'abang-abang', and 'kakak-kakak' aku, aku balik rumah. ibu dah tunggu. nak pergi rumah arwah nenek. pergi sane hanye berempat. aku, ibu n adikadik. lepak sane sampai petang. cousincousin semua takde. kosong. aku ajak ibu balik. balik rumah, aku tido.

2nd day of raya,

ayah cakap nak balik petang tu, tunggu punya tunggu, ayah sampai jugak kat rumah. happy! ayah dah balik. ingat ayah nak ajak pergi raye, ruparupanya, ayah kena keluar balik. pergi reunion sekolah lame die dulu. emm. tak pe lah. duduk rumah aje lah. malam tu, cousincousin balik. diorg datang rumah ramairamai. suke! dapat rase suasane raye kejap. then, ajak parapara cousin tido kat rumah. banyak benda nak digossipkan. diorang setuju. berbual sampai pagi then plan aktiviti untuk esok hari.

3rd day of raya,

ayah cakap, nak pergi beraya rumah sedara mara, aku pagipagi dah bangun. dah siapsiap. pakai baju kurung semua. dah plan semua malam tadi. semua dah atur dengan baik.
"pagi, pergi beraya rumah sedara mara, then tengahari tu layan cousincousin jap pergi shopping, then petang tu nak pergi beraya dengan kawankawan."
excited! tapi pagi tu, bangun tido, ayah tak de lagi. die pergi main golf. ade urusan business katenye. emm. then, call kawankawan, ingat nak pergi beraya awal sikit. lastlast, diorang cakap, tak jadi. diam je lah. malas nak cakap banyak. lastlast, pergi lepak dengan cousincousin je. pergi pusingpusing jb yang tak de ape nie.

4th day of raya,

dah start kerja. beraya lahh depan laptop. sambil taiptaip entry nie.


p/s:berharap agar raya pada tahun depan kembali ceria walaupun aku tau ianya tak mungkin.